Pages

Wednesday, July 1, 2009

GLA COMPLEX

GLA COMPLEX

MAL 07021517XC

60 capsule/60 sajian


Setiap capsule mengandungi :

  • Total fat 0.5g
  • Vitamin E (as d-alpha tocopherol concentrate) 15 IU
  • Gamma Linolenic Acid from borage seed oil (borago officinalis) 90mg
  • Linoleic Asid from sunflower seed oil (helianthus annus) and borage seed oil (borago officinalis) 216 mg
GLA (gamma acid linolenik) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitar haid bagi setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu bahan yang berkesan dan bertidak seperti hormone untuk membantu tubuh mangawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak bunga biji matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding ateri atau menyokong system imun dengan memelihara integrity sel
  • Mengalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • Menyokong system imun
  • Setiap capsule Shaklee GLA complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak borage, minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu system antioxidant semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya.
  • Vitamin E membantu melindungi dinding ateri dan menyokong system imun dengan memelihara integrity sel

APAKAH ITU GLA

Catatan ini sengaja aku tulis untuk kawan-kawan yang berminat untuk mengetahui apa itu GLA

GLA adalah singkatan daripada perkataan Gamma Linolenic acid. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega 6. Untuk pengetahuan kalian sebenarnya tubuh kita mampu menghasilkan GLA. Tetapi didalam tubuh kita ia kenali sebagai acid linoleik . acid linoleik ini boleh dihasilkan jika kita mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak tepu didalam diet seharian kita. Persoalannya berapa ramai diantara kita yang membuat semakan makanan yang diambil adalah lemak tidak tepu ataupun lemak tepu. Yang pasti kebanyakkan daripada kita hanya mementingkan makanan sedap dan menyelerakan.

Jadi adakah kita memberikan GLA yang mencukupi kepada tubuh kita????.....tepuk dada, tanya kuantiti diet anda.

GLA memainkan peranan penting didalam pembentukan prostaglandin. Prostaglandin ini merupakan bahan penting dalam mengawalatur perembesan hormon. Dengan ini secara tidak langsung, ia juga turut berperanan mengawal proses badan yang normal.

Siapakah yang perlu mengambil GLA ini?

1. Mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana GLA dapat bertindak dengan asid lemak bagi mengelakan pembentukan sel lemak, yang menyumbang kepada bertambahan berat badan. Pengambilan GLA sebelum tidur berupaya membantu pemecahan lemak ketika tidur. Pengambilan GLA bersama lecithin boleh mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan secara sihat dan selamat.

2. Mereka yang mengalami hypertension. Ini kerana GLA boleh menurunkan tahap cholesterol jahat dalam darah iaitu LDL ( low density lipoprotein). LDL ini menyebabkan penimbunan cholesterol pada salur darah. Ini menyebabkan salur darah menjadi sempit. Ini akan menyebabkan anda mengalami hypertension. Dan paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung dan strok

Cuba bayangkan saluran sinki rumah kita. Segala kotoran lemak dan sisa makanan yang terlekat pada dinding paip adalah cholesterol. Dan bayangkan jika saluran sinki itu tidak pernah diletak anticlog. Pasti sinki kita akan tersumbat dan menyebabkan kebocoran. Bayangkan ia terjadi dalam tubuh kita. Maka sila dapatkan anticlog untuk tubuh kita iaitu GLA, untuk mengelakan perkara buruk yang berlaku

3. Mereka yang mengalami dysmenorrhea ataupun senggugut. Dysmenohrrhea ini ditakrifkan sebagai rasa sakit ataupun kejang ketika datang haid. Ini disebabkan contraction dibahagian uterus yang diakibatkan oleh penghasilan prostaglandin. Pengambilan GLA yang berterusan dapat mengurangkan rasa sakit dan kejang. Pengambilan GLA bersama dengan B-complex, Omega-3, Garlic dan Calcium dapat membantu mengatasi masalah ini dengan lebih cepat.

4. Mereka yang hamil dan menyusukan anak. (to hidayah: harap ini dapat menjawap pertanyaan anda). Seperti yang diterangkan di atas, GLA memainkan peranan penting dalam mengawalatur hormone, iaitu melalui pembentukan prostaglandin. Oleh itu secara tidak langsung ia juga terlibat dalam penghasilan estrogen dan progestron iaitu hormone yang memainkan peranan penting ketika kehamilan dan penyusuan. Pengambilan GLA bersama dengan calcium, iron, alfafa, lecithin dan B-complex dapat membekalkan nutrition yang secukupnya kepada tubuh ketika kehamilan dan penyususan. Tahukah anda GLA dan alfafa boleh bertindak sebagai booster kepada penghasilan susu.

5. Mereka yang selalu mengalami PMS (Premenstrual Syndrome). Adakah anda perasaan satu perasaan yang pelik sering berlaku pada diri anda atau isteri anda (bagi lelaki) apabila hampir datang bulan ataupun diwaktu bendera merah hampir dikibarkan. Pada waktu begini wanita akan mudah naik angin tidak tentu pasal, sensitive, sedih dan bersifat negative. Dianggarkan 40% daripada wanita mengalami PMS. Symptom ini terjadi diantara proses ovulasi dan pendarahan. Symptom akan hilang sebaik sahaja pendarahan bermula atau selepas 2-3 hari pendarahan.

Pada waktu ini, wanita biasanya memerlukan belaian dan layanan yang istimewa terutamanya daripada suami. Jika suami tidak dapat memahami signal yang diberikan, maka conflict sering terjadi pada ketika ini. Symptom ini biasanya mengambil masa sehingga 7 hari pada setiap pusingan. Pada kaum lelaki yang bergelar suami, pekara ini mampu membuatkan rambut anda separuh botak atau menyamai padang golf kerana terpaksa melayani keranah wanita pada ketika berlakunya PMS. Oleh itu bekalkan GLA kepada isteri anda, supaya anda tidak kelihatan tua sebelum waktunya.

Bagi wanita yang mengalami PMS, elakkan mengambil makanan yang mengandugi caffeine, sodium, chocolate, alcohol, daging merah, ayam dan ikan didalam diet anda. Ini kerana pengambilan makanan berikut boleh menyebabkan keadaan bertambah teruk, sehingga boleh mengalahkan tsunami jika tidak dibendung. Banyakkan mengambil makanan yang berunsurkan carbohydrate, sayuran dan buah-buahan.

Pengambilan GLA bersama Omega-3 dan B-complexs mampu menolong anda daripada menderita kerana PMS. Tambahan calcium, zink, iron, vitamin C dan Beta-carotene mampu menjadikan anda wanita yang hebat dan dikagumi.

6. Mereka yang inginkan kelihatan awet muda. Sudah tentu ini merupakan satu pekara yang amat menarik minat dan perhatian anda semua. Ada dua pekara yang tidak boleh diubati iaitu mati dan tua. Tetapi tahukah anda, anda boleh melambatkan proses penuaan melalui pengambilan nutrient yang betul dan mencukupi dalam diet anda. Pengambilan GLA bersama dengan protein, B-complex, Vitamin C, Vitamin E, Beta-carotene dan Zinc secara berterusan boleh membantu kita kelihatan muda daripada usia sebenar kita. kita bukan sahaja kelihatan muda, segak dan bergaya bahkan apa yang lebih penting anda juga sihat

7. Mereka yang mengalami menopause. Hmmm jangan pandang remeh kepada pekara ini. Ia bukan sahaja berlaku pada wanita tetapi juga lelaki dan dikenali sebagai andropause. Jika PMS sahaja boleh membuatkan hidup lelaki yang mendampingi wanita menjadi huru-hara apatah lagi menopause.

Menopause terjadi gara-gara kekurangan penghasilan hormone estrogen dan progestron ataupun androgen (bagi lelaki) hormone ini memainkan peranan penting system productive yang turut mempengaruhi emosi seseorang. Pengidap biasanya akan menunjukkan symptom seperti hot flashes ( muka rasa merah dan panas), berpeluh, kekeringan pada viginal, sakit kepala dan perubahan emosi yang menentu arah seperti taufan atau putting beliung. Hmmm mungkin kerana ini jugalah nama taufan sering dikaitkan dengan wanita sebagai contoh taufan catarina. Lebih teruk lagi ia juga akan meningkatkan risiko untuk mendapat sakit jantung terutamanya lelaki dan juga osteoporosis bagi wanita.

Tahukah anda, berapa banyak pun calcium yang anda ambil tidak dapat membantu masalah osteoporosis sekiranya anda tidak mengambil bersama GLA. Ini kerana penyerapan calcium tulang adalah bergantung kepada kandungan hormone estrogen.

Wahai lelaki andai ada kasihmu pada wanita maka hadiah kan GLA kepada isteri anda ataupun ibu anda sebagai tanda anda menghargai mereka. Tambahkan Calcium, vitamin E dan alfafa untuk menjadikan mereka wanita hebat dalam hidup kalian.

8. Mereka yang mengalami masalah kencing manis ataupun Diabetes Mellitus. Salah satu komplikasi kecing manis adalah rasa kebas yang melampau atau lebih dikenali sebagai neuropati diabetes. Pernahkah anda berdepan dengan pesakit diabetes yang kadang terlupa untuk memakai kasut ketika menjalani aktiviti harian seperti pergi kekedai. Ini disebabkan oleh rasa kebas yang melampau sehingga mereka tidak mampu merasa sakit, sejuk ataupun panas. Ini disebabkan oleh kegagalan pada system saraf motor. Kekurangan GLA menyebabkan masalah pada sarung yang menutupi saraf (iaitu sarung meilin) dan mengurangkan aliran darah.

Oleh yang demikian pengambilan GLA dapat membantu pesakit diabetic mengatasi dan mengurangkan derita yang ditanggung. Penambahan zinc juga penting untuk meningkatkan system imun dan juga alfafa.

9. Mereka yang mempunyai masalah kesuburan atau kemandulan. Seperti yang diketahui masalah ini sering berkait rapat dengan masalah hormone, emosi dan system immune tubuh. Pengambilan nutrisi yang betul dan secukupnya dapat membantu masalah ini. Bagi pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata disarankan untuk mengambil GLA berserta dengan calcium, zinc, vitamin E dan B-complex . Mungkin ini adalah salah satu jalan yang dapat membantu anda mengatasi masalah kesuburan dan memenuhi impian anda untuk mendapatkan cahaya mata.

10. Mereka yang lemah tenaga syahwat. Lagi sekali ia juga melibatkan hormone. Maka pengambilan GLA dapat menolong masalah ini. Tambahkan juga Omega-3, vitamin E, zinc dan B-complex. Pengambilan B-complex juga dapat memberikan tenaga dalaman dan juga boleh membantu bagi mereka yang mengalami masalah erectile dysfunction.

Apakah sumber makanan yang mengadungi GLA?

Sumber utama adalah minyak bunga evening primrose oil dan minyak biji boraj.

Dimanakah anda boleh memperolehi GLA ini?

1. Daripada farmasi yang berdekatan. Biasanya dijual dalam bentuk EPO

2. Daripada saya dengan harga RM 91.25 WM/ RM 95.00 EM dengan caj penghantaran RM 10.00 WM/RM 20.00 EW

GLA complex yang saya bekalkan adalah daripada Shaklee. Setiap capsule mengandungi 306 mg acid linoleic acid berserta 15 IU vitamin E (iaitu kira-kira 50% daripada keperluan harian berdasarkan 2000 calorie diet).

Satu botol GLA complex mengandungi 60 capsule dengan 60 hidangan.Dengan kata lain satu botol boleh bertahan diantara sebulan ke dua bulan bergantung keatas keperluan masing-masing. Kos pengambilan bagi satu hari adalah diantara RM1.50 –RM 3.00

Keputusan ditangan anda samaada anda memerlukan GLA atau tidak? Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui maizatulramli@yahoo.com .