Pages

Saturday, December 5, 2009

Darah yang berasid

Diet yang tidak sihat akan menyebabkan darah menjadi berasid. Asid yang berlebihan ini akan memendap dibahagian organ seperti jantung, pancrease , hepar , usus dan juga dibahagian lain. Keadaan ini akan menganggu aktiviti dan fungsi sel. Ini akan menjadi asas kearah pembentukkan penyakit

Apakah tanda-tanda pH darah kita berasid?

Darah kita berada di dalam pH yang berasid jika kita mengalami pekara berikut:
a. Mengalami masalah rambut berminyak, beruban dan tidak bermaya
b. Mengalami masalah penghadaman seperti sembelit, gastric dan sebagainya
c. Mengalami masalah badan, nafas dan mulut berbau
d. Sering rasa mengantuk
e. Mempunyai masalah kulit
f. Sering cepat berasa lapar
g. Berkahak atau berlendir terutamanya diwaktu pagi

Berikut adalah beberapa kaedah mudah yang dapat membantu kita untuk mengeluarkan acid daripada badan kita

- Elakkan penggunaan product ternusu dan gantikan dengan susu soya
- Elakkan daging merah dan kurangkan size hidangan ikan dan ayam
- Elakkan mengambil makanan yang diproses seperti hotdog, nugget
- Banyak makan sayur-sayuran terutamanya sayuran hijau dan buah-buahan
- Guna roti yang kurang yis atau tanpa yis
- Tambah minyak zaitun (extra virgin), flaxeed oil, EPO, GLA complex, dan omega didalam diet harian
- Makan salad dalam sajian besar bagi setiap hidangan

Tahukah kita apakah kesan dan penyakit apabila darah kita berasid?

Apabila darah menjadi berasid dan lebih berasid, badan kita akan memulakan mekanisma pertahanan untuk mengelakan asid daripada memasuki organ. Ini akan menyebabkan

a. Pertambahan berat badan akibat daripada penghasilan sel lemak bagi tujuan penyimpanan bahan berasid
b. Sakit sendi dan arthritis disebabkan oleh penimbunan asid dibahagian sendi-sendi tulang
c. Osteoporosis disebabkan oleh penyerapan calcium tulang bagi meneutralkan asid
d. Penurunan berat badan.Persekitaran berasid menggalakan pertumbuhan fungus dan yis dan ini menghalang penyerapan nutrient
e. Tidak atau kurang bertenaga dan mudah semput disebabkan oleh penurunan aras Oksigen darah
f. Serangan jantung. pH darah yang berasid boleh menyebabkan kerosakkan otot jantung dan pembekuan darah dan pembentukkan plak didalam salur darah
g. Allegies dan Jerawat
h. Mudah mendapat demam, bronchitis, Infection dan juga sakit kepala

Patutkah kita member komitment kepada kesihatan kita dan diet yang seimbang?

Disebabkan oleh perubahan masa dan kesibukkan dan gaya hidup kita, kebanyakkan daripada kita hampir terlupa untuk member perhatian kepada kesihatan.

Sebagai contoh rata-rata daripada kita mengambil roti canai, nasi lemak, Nescafe atau teh tarik sebagai sarapan pagi. Makanan yang mengandungi kandungan yang tinggi karbohidrat akan menyebabkan darah bertambah berasid

Oleh yang demikian untuk , diet berakali dapat membantu mengembalikan keseimbangan pH darah dan menjadikan tubuh kita bertambah sihat
Apakah diet berakali?
a. Makan sayur-sayuran hijau terutama alfafa, wheat grass, timun, tomato. Pengambilan secara mentah atau juice adalah lebih digalakkan
b. Makan buah-buahan seperti limau yang mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah tetapi kandungan serat yang tinggi
c. Makan bijirin seperti biji bunga matahari, kacang soya,beras perang
d. Minum air berakali (alkaline water), iaitu air yang mempunyai pH diantara 9-11
Mulakan makanan secara sihat dengan mencapai pH yang seimbangan melalui keseimbangan asid-akali diet.
http://www.kulitdanisi.blogspot.com